<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/5838082455317898560?origin\x3dhttp://bungawhiteroses.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Love is our Resistance
They'll keep us apart, they won't stop breaking us down

Biography


Menulis untuk memberi kekuatan pada diri, dan setiap yang membaca. 
Menulis untuk melepaskan segala rasa yng terpendam.
Semoga dapat memberi sedikit kekuatan :')

Creditorials

NEVER REMOVE THIS SECTION!

Layout Designer:
♥chocodiiction-lovesxoxo*
Others:


Saturday, 3 September 2016

Bila rindu mula menyapa didada, ketahuilah rindu itu cuma rindu pada kenangan. Ya kenangan tu takkan pernah padam. Ada sebab nya mengapa Allah pertemukan kita dalam satu pertemuan yg singkat. Ada sebab nya juga kenapa Allah jauhkan kita, kemudian dekatkan kembali. Cuma skrg apa yg mampu aku katakan, aku cuma teringat segala kenangan kita. Ada masanya kita boleh jadi kawan, sahabat, kekasih. Aku redha dengan perpisahan kita. Setahun, perasaan ni tersimpan. Walau kita tidak pernah ditakdirkan utk jadi sepasang "kekasih", tp setiap apa yg kau lakukan sebagai seorang "teman" itu cukup untuk aku. Jagalah diri mu wahai "abang" ku, ketahuilah "sayang" mu ini sentiasa ada disini. Ditempat ini. Terima kasih utk setiap kenangan yang tercipta antara kau aku kita. Jagalah sayap yg kau punya, bahagiakan dia. Jangan tersakiti lagi hatimu dan hatinya. Doaku sentiasa ada bersamamu. "I will never leave you." Syafiq, ika akan ingat ayat ni sampai bila-bila. Ika ingat lagi angan-angan kita. Andai ada JODOH kita, pasti jadi suatu hari nanti. In shaa Allah, jaga diri syafiq. I will miss you :') .

♥our lips must always be sealed
05:22

Tuesday, 23 August 2016

Day by day. Perasaan pon entah semakin lama macam semakin hilang. Senyum tetap senyum seperti biasa. Menangis dah rasa macam tak ada air mata. Tapi andai kau dapat tahu dan faham yang perasaan "sayang" dekat kau ni. Tak ada ubahnya, Tak ada cela nya. Tapi kau takkan pernah paham. Entah mungkin kau perlu masa. Tapi sampai bila? Sampai aku tutup mata? Sampai tawar yang aku rasa? Baru kau nak sedar yang semua tu sebenarnya dah lama wujud. Tapi jenis aku sememangnya duduk dan tunggu sahaja. Usaha? Dah macam-macam, takkan tak nampak? DOA? Semestinya. Tawakal saja yg mampu sekarang. Makin aku usaha nak rebut hati kau, semakin tipis peluang aku. Moga kau dapat sedar dalam masa yang terdekat ni. :')

♥our lips must always be sealed
01:54

Friday, 15 July 2016

Assalammualaikum,
Today terasa nak sharing sikit dkt sini. Siapa rasa tak happy kan kalau org yg dia sayang ajak KAHWIN? Tak pernah bercinta pn. Tp dtg nya DIA bawa BAHAGIA dan nak ke level yg lebih baik. Syukur. Bila mana asik sabar dan hujung2 kebahagiaan ni yg DIA bagi. Thankyou sayang.

Alhamdulillah. Terasa bahagia. Tp sekejap je rasa tu. Bila mana pagi ni, tengok whatsapp dia dh block i. And i try call dia, pn sama juga dh block. Tertanya tanya apa salah i? Salah ke i sayang org? Salah ke i nak bahagia mcm org lain? Sayang, i ada salah dgn u ke? Kalau ade ckp, i minta maaf. Tp jgn hilang hilang mcm ni. I lost tau. I pray i'm still have a chance. Chance to be with you as Husband & Wife. May Allah hear All my prays. I love you sayang, I am really love you SYAFIQ.

♥our lips must always be sealed
18:30

Tuesday, 21 June 2016

Bismillahirahmannirahim,

Assalammualaikum, harini faa takde kerja sgt. So curi-curi update sini. Day by day, still dengan perasaan yg sama. Masih mahukan dia. Masih berdoa utk satu harapan yg sama. Semoga Tuhan perkenankan. Dua tiga hari ni lain sgt layanan dia. Takpa, faa paham. Maybe penat kerja. Tp tak pernah missed utk call kejut sahur. Text selamat berbuka. And kalau nak tahu skrg asyik ckp 'IMISSYOU' ja. Taktau la kenapa. Maybe ya Mayb tak.

Apa-apa pun, Faa harap sama la apa yg dia cakap dgn perasaan dia. I wish and I pray for that. Masih mahukan DIA. MASIH DIA.


Fi Hifzillah,

♥our lips must always be sealed
19:18

Sunday, 24 April 2016

Dah lama x walkin, x sharing dekat blog. Banyak menangis sendiri, banyak menangis dalam solat sujud pada Ilahi. Mahu sungguh aku mahu ada seseorang yang sentiasa ada disisi. Yang sudi dengar segala isi hati. Yang terpendam hari demi hari. Aku tahu, ada certain person yg akan anggap aku ni kaki main jiwa. Tp kalau kau dekat tempat aku, mungkin kau akan rasa xkuat utk lawan dan hadap.

Aku mcm ni la dgn cara aku. Semua org akan ada suka dan duka. Mungkin caranya nampak dengan tidak. Aku gembira aku sedih, semuanya sendiri. Ketentuan Ilahi, selagi bernafas selagi itu diuji. Utk mengetahui kekuatan hati.

Menangis sendiri. Dalam bilik yg sepi. Tak ada yang menemani. Perkara biasa bagi aku yg senang kecil hati. Tapi kuatnya aku, belom sampai setengah jam aku dah boleh ketawa balik. Apa caranya? Aku motivated diri sendiri! Nak menangis? Menangislah pada 1 2 minit yg terawal, lepaskan segalanya. Supaya senyuman yg bakal dtg tu bisa menyembunyikan kesedihan yg kau tangiskan tadi.

Aku kuat kerana aku percaya. Lepas kesedihan ni, akan menyusul kebahagiaan. Aku kuat dan percaya. In shaa Allah, Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha Kuasa. PercaturanNya hebat. Pengakhirannya pasti Indah. Dan semestinya aku, tak sabar utk menanti detik itu.

Tuhanku,
Aku mahu yang terindah dalam hidupku. Tiada yg lain ku bersujud, hanya padaMu. Ku serahkan perjalanan hidupku hanya padaMu. Tetapkan lah yg sebaik baiknya untukku. Tetapkan yg seindah indahnya untukku. Sungguh ku mahu tersenyum selalu dgn takdirMu. Bismillahirahmannirahim.
Assalammualaikum.


                                                                   Faa ♡

♥our lips must always be sealed
08:42